Saturday 18 May 2013

5 sebab mengapa anda perlu membeli powerbank yang original

admin sebagai entrepreneur dan pengguna gadget terkini sekadar berkongsi maklumat dibawah buat pengetahuan semua.
1. Power Bank Tiruan menggunakan bateri murah. Jadi jangka hayat Power Bank tersebut pun singkat. Sebab itu waranti pun singkat. Jadi jangan terkejut kalau lepas 2-3 bulan pakai dah tak boleh nak pakai lagi.

2. Power Bank Tiruan tidak mendapat pengesahan keselamatan. Tiada kawalan kualiti dari badan berwajib. Anda nak jimat RM50++, anda mungkin rugi RM1000++ jika iPhone / iPad / Tab anda rosak akibat charge guna Power Bank tiruan.

3. Power Bank Tiruan berpontensi besar merosakkan gadget anda. Papan Litar Power Bank Tiruan tidak berkualiti. Mungkin tiada penebat arus. Boleh akibatkan arus berlebihan mengalir ke dalam gadget anda.

4. Kadang-kadang kapasiti yang dinyatakan tidak tepat. Beli 11000mAh, tetapi dapat 5000mAh. Anda tiada cara untuk buktikan kalau bukan pakar.

5. Anda akan pening kepala melayan kerenah Power Bank Tiruan.
Susah anda nak claim warranti sebab mana ada kilang tiruan nak mengaku dia yang bertanggungjawab buat power bank tiruan











No comments:

Post a Comment