Friday 17 May 2013

Soft Reset & Hard Reset Samsung Android Phone

Terdapat dua cara untuk reset Samsung yang menggunakan operasi Android sperti Galaxy Note, Galaxy S2, S3, S Advance, S Plus, Galaxy Y, Galaxy W dan lain2 lagi  iaitu soft reset dan hard reset. Namun sebeum pergi lebih lanjut tentang cara cara untuk buat reset anda perlu tahu apa implikasi kepada hp anda jika anda reset handphone samsung anda yang menggunakan OS android.

Pertama : Semua data anda didalam HP seperti contact, msj, email, nota akan hilang sepenuhnya.
Kedua : Semua Data dalam memory internal juga akan hilang sepenunya (Dinasihatkan jika anda menggunakan external memory kad keluarkan dahulu sebelum buat reset phone.

Ini kerana reset phone akan kembalikan hp anda seperti tetapan asal kilang (Factory Setting).

Kenapa perlu buat reset : 
  1. Anda ingin jual hp anda. Pastikan anda reset hp dan internal memory, jika tidak pasti pengguna baru akan dapat data anda. Ini amat berbahaya jika data anda jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggung jawab.
  2. Hp anda hang di logo android/samsung semasa on.
  3. Salah masukk pattern/pin lock dan ianya mengakibatkan hp xboleh on.
So jom kita pelajari langkah mudah untuk buat SOFT RESET.

Soft Reset adalah satu tetapan yang disediakan oleh pengeluar dan ianya boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dengan mudah. Biasanya kita akan buat soft reset apabila hp akan bertukar tuan.Ni langkah mudah :
  1. Buka menu Tetapan ( Setting)
  2. Buka Menu Keperibadian (Privacy)
  3. Klik di Menu Aturan Semula Data Kilang (Factory Setting Reset)
  4. Tick di Format Storan USB ( Format USB Storage), Ini akan format semua internal memory dan external memory(jika ada dalam hp).
  5. Klik di button Tetapkan Semula Telefon ( Reset Phone)
  6. Biarkan telefon anda di reset secara automatik dan akan hidup semula di tetapan asal phone.
  7. Selesai.
Soft reset hanya boleh dibuat jika hp anda boleh dihidupkan, namun apa yang perlu buat jika hp anda sangkut (hang) di paparan logo samsung atau android dan TIDAK BOLEH masuk kedalam sistem android ataupun anda tersilap masukkan pattern dan pin locked berulang kali sehingga hp tidak dapat onn. Jangan Bimbang kerana semua pengeluar ada menyediakan  satu lagi cara yang dipanggil hard reset. Hard reset ini sememangnya tidak didedahkan secara meluas kepada pengguna kerana agak rumit dan jika tersalah langkah akan mengakibatkan hp terus tidak dapat digunakan. Jom ikuti langkah mudah dibawah untuk pelajari HARD RESET:

  1. Matikan handphone  
  2. Tekan dan tahan kedua-dua Butang Laman Utama (Home Button) + Butang kuasa (Power On) + Butang Tinggi Suara ( Volume Up) pada masa yang sama untung 10 ke 15 saat.
  3. Lepaskan butang tersebut apabila logo samsung/android muncul. Hp akan masuk ke menu recovery
  4. Dalam menu pemulihan(Recovery Mode) pilih mengelap data reset kilang(Wipe Data Factory Reset)dengan butang volume dan Tekan butang kuasa (power on) untuk mengesahkan.
  5. Pilih Yes — delete all user data.
  6. Kemudian Pilih REBOOT SYSTEM NOW.
  7. Biarkan hp anda berkerja secara automatik dan kembali ke tetapan kilang sepeti yang dikehendaki.
  8. Selesai.

*** PERINGATAN, INI ADALAH LANGKAH-LANGKAH  YANG BOLEH DI IKUTI DI KEBANYAKAN TELEFON BIMBIT SAMSUNG ATAU ANDROID PHONE.
*** Cara ini juga mungkin boleh digunakan untuk telefon bimbit  jenama lain yang menggunakan operasi Android Seperti HTC, SONY, atau model China.
*** Jika anda telah cuba dan masih gagal SERTC nasihatkan anda bawa phone anda ke servis center (jika masih ada waranty) yang terdekat atau anda boleh hubungi saya untuk selesaikan masalah anda.

21 comments:

  1. salam cara nk upgrade s4 clone tahu x?hang xboleh on sbb masa root silap usik system jem terus

    ReplyDelete
  2. Boleh tahu cara nak reset Handphone china? H3039 ... Jenama android.. Da msuk hard reset tp tkde tulis pon factory reset.. Pening dah pikir

    ReplyDelete
  3. s2 still xbleh start lepas follow step ni. boleh advice?
    email saya: pingu_belang@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Mcm mn nk format fon galaxy v

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum... saya dah cuba buat yang tuan ajarkan..
    Tetapi masalah sekarang yg timbul ialah tepon samsung saya masih lagi tidak dapat buka seperti biasa.. hanya menunjukkan logo sahaja..
    Saya sudah pon rebook.. tapi masih sama..
    Bila on saje.. dia buka sampai kat tulisan samsung tab 8.0 sahaja..

    ReplyDelete
  6. Boleh tuan bantu saya..
    Terima kasih atas info yg tuan bagi..

    ReplyDelete
  7. Maap... Bole x terangkan step nak recover internal memory yg hilang.... Handphone clone note3 ... Day try few time format at kedai taping http cmtu gak.. :(

    ReplyDelete
  8. Sya mau mnta pendapat ba macam mana mau buka pin lock fon

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum tau tak cara nak fix iphone stuck dlm headphone mode ?
    bola besi dlm earphone jack tu tenggelam :(

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum tau tak cara nak fix iphone stuck dlm headphone mode ?
    bola besi dlm earphone jack tu tenggelam :(

    ReplyDelete
  11. Fone sy still tak boleh on . Ada cara lain tak ???

    ReplyDelete
  12. Fone sy still tak boleh on . Ada cara lain tak ???

    ReplyDelete
  13. da bt tapi still tk bole on..galaxy v sy ni bru lepas eksiden..jatuh atas jalan..hantar kedai dia ckp msok air..blik rumah nak reset..da tekan volume up home n power da..tggu seminit tak jgk bole on

    ReplyDelete
  14. Hi i dah try buat smpai kat menu pilihan reboot system now. bila tekan button home utk select tp dia tak respon ape2. macam mane nk buat eh

    ReplyDelete
  15. Mcm mne nk buat kalau ye suruh msukkn akaun google..brpe kali dh buat😭😭..msih sme..

    ReplyDelete
  16. Mcm mne nk buat kalau ye suruh msukkn akaun google..brpe kali dh buat😭😭..msih sme..

    ReplyDelete
  17. mcm mna nk bt ek.. stil sama ja pown.. smsung j2

    ReplyDelete